Hasrat skuad ping pong negara untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi acara berpasukan tidak kesampaian apabila terkandas dalam pusingan 32, Kejohanan Berpasukan Dunia di Portugal.
Begitupun, ketua pasukan, Muhammad Ashraf Haiqal, masih mempunyai peluang terakhir untuk layak ke Jepun menerusi kelayakan individu April depan.
"Pasukan lelaki dan wanita negara gagal dalam kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Selepas ini, kami akan berusaha untuk layak dalam kategori perseorangan di Thailand, April depan.
"Kami telah menimba banyak pengalaman dalam pusingan kelayakan kali ini dan ia sedikit-sebanyak akan mematangkan permainan kami pada masa depan," katanya di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.
Dalam masa yang sama, Ashraf enggan bersikap kerdil apabila menganggap peluangnya bersama rakan sepasukannya tetap ada.
"Kami belum pasti berapakah kuota yang diperuntukkan kepada Asia Tenggara bagi acara perseorangan.
"Apapun, kami akan buat persediaan."
Editor: Shaiful Shamsudin