Keputusan kontroversi pengadil dalam separuh akhir pertama Piala Remaja TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam tidak menggangu fokus pemain Anderson Thunderbolt meskipun terpaksa mengejar kelebihan agregat dua gol yang diperoleh juara bertahan, SSTMI Thunderbolt.
Anderson berpeluang untuk mengikat permainan dalam perlawanan itu, namun keputusan kontroversi pengadil, Navind Raj, yang memberikan SSTMI pukulan sudut penalti pada minit terakhir, menafikan hasrat itu.
Biarpun tewas 2-4, jurulatih Anderson, Mohd Nizam Hashim, mahu anak buahnya bangkit dalam separuh akhir kedua di venue sama esok memandangkan mereka masih berpeluang untuk mencipta kejutan.
"Kami ketinggalan, jadi tiada apa untuk kami kesalkan.
"Pemain saya tidak perlu berasa gugup.
"Kami akan fokus dan mengembalikan semangat pemain kami.
"Insya-Allah, kami akan mencuba yang terbaik dalam perlawanan kedua," katanya.
Buat SSTMI pula, kemenangan itu masih belum memadai untuk mereka mendabik dada.
Biarpun membawa kelebihan agregat, jurulatihnya, Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman, mahu anak buahnya berusaha untuk memperbaiki prestasi.
"Terutama bagi pukulan sudut penalti.
"Kami akan menambah baik dan akan cuba untuk adakan latihan sesi malam untuk pukulan sudut penalti sahaja.
"Amat ketara yang hari ini kami gagal untuk menyempurnakannya.
"Mungkin pasukan lawan sudah boleh membaca gerakan kami," katanya.