Skuad CAT Orange Eagles menjulang trofi kejuaraan dalam Kejohanan Futsal Antarabangsa Piala Raja Iskandar Zulkarnain selepas menewaskan Perak 5-1 dalam final di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.
Hanya beberapa saat diperlukan skuad yang bermain dalam liga utama Thailand itu untuk meledakkan gol sulung menerusi T. Trakan.
CAT bimbingan Ekkapon Wongwitchayakorn itu terus mengganas dengan gol kedua tatkala permainan belum memasuki minit kedua sebelum H. Saroj dan M. Kannachat menjadikan kedudukan 4-0 dalam babak pertama.
Kelonggaran pertahanan tuan rumah terus digunakan sebaik-baiknya oleh pelawat apabila Trakan menambah gol peribadi ketika pengendali Perak, Azizi Musa, cuba merombak taktikal sehingga membolehkan Firdaus Zulkifli menghasilkan jaringan sagu hati pada minit ke-29.
Kemenangan 5-1 itu membolehkan CAT menerima hadiah wang tunai USD5,000 (RM20,275) sambil penjaga golnya, K. Boriboon, dinobatkan selaku pemain terbaik kejohanan.
Editor: Nafis Abdullah