Nick Kyrgios membuktikan motivasinya untuk mendermakan wangnya dalam usaha membendung kebakaran hutan belukar di Australia apabila membantu negaranya itu meraih kemenangan ke atas Jerman dalam Piala ATP malam tadi.
Kyrgios menewaskan Jan-Lennard Struff 6-4, 7-6 (7-4) di Brisbane, dengan melakukan 20 'ace' selepas berjanji untuk mendermakan AUD200 (RM2,850) bagi setiap servis ace yang dimenanginya dalam pertarungan sepanjang bulan ini.
Alex de Minaur -- rakan sepasukan Kyrgios dalam kejohanan itu -- memperagakan aksi mengagumkan apabila bangkit mengalahkan Alex Zverev 4-6, 7-6 (7-3), 6-2 -- menuruti jejak langkah Kyrgios, disusuli bintang sukan lain, termasuk ketua pasukan Brisbane Heat, Chris Lynn.
"Saya tidak begitu peduli terhadap pujian itu, saya rasa kami mempunyai keupayaan dan pelantar untuk melakukan sesuatu seperti itu," kata Kyrgios kepada Amazon Prime ketika ditanya tentang gerakan berkenaan yang dicetuskannya secara tidak disengajakan.
"Bandar kediaman saya adalah Canberra dan pada masa ini, udara negara saya adalah yang paling bertoksik di dunia, jadi ia agak menyedihkan, ia sukar."
Setelah mencetuskan idea itu, Kyrgios menambah: "Saya hanya memuat naik ciapan dan semua orang menyokongnya. Ia satu usaha yang lebih besar daripada tenis.
"Ia akan disalurkan kepada semua keluarga, ahli bomba, haiwan, pihak yang kehilangan rumah dan keluarga," katanya.
Australia menyempurnakan kemenangan 3-0 dalam Kumpulan F itu selepas Chris Guccione dan John Peers menumpaskan beregu Jerman, Kevin Krawietz dan Andreas Mies, 6-3, 6-4.
Dalam satu lagi perlawanan, Kanada juga meraih kemenangan ke atas Greece yang menyaksikan Denis Shapovalov memenangi dua tie-break untuk mengatasi Stefanos Tsitsipas berikutan Felix Auger-Aliassime terlebih dahulu menundukkan Michail Pervolarakis 6-1, 6-3.
Auger-Aliassime dan Shapovalov kemudiannya bergabung untuk menewaskan lawan yang sama, 6-2, 6-3.
Sementara itu, Great Britain dan Amerika Syarikat (AS) gagal mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila tumbang kepada Bulgaria dan Norway.
Editor: Shaiful Shamsudin