Ketua jurulatih skuad hoki negara, Artul Selvaraj, enggan tragedi jangkitan koronavirus dalam kalangan pemainnya kembali berulang menjelang Kejohanan Hoki Piala Asia di Jakarta, Indonesia bulan depan.
Arul memanggil seramai 28 pemain bagi menjalani latihan menjelang kejohanan itu tetapi hanya 22 daripada mereka akan disenarai pendek untuk dibawa menyertai siri aksi persahabatan di Australia pada 21 hingga 28 April ini.
Malaysia pada saat-saat akhir terpaksa menarik diri daripada menyertai Trofi Juara-Juara Asia hujung tahun lalu berikutan penularan virus COVID-19 dalam kalangan pemain dan mengambil iktibar daripada perkara itu, Arul kini menerapkan peraturan yang lebih ketat dalam memantau pergerakan pemainnya.
"Selepas kami tiba di Australia nanti, kami akan mengurangkan pergerakan daripada segi rakan sebilik mereka," katanya kepada Astro Arena.
"Kami akan memastikan mereka hanya duduk berdua, jadi jika apa-apa terjadi, hanya ada seorang kontak rapat. Kami tidak mahu mereka duduk berlima atau enam orang sekali.
"Yang kedua, kami akan pecahkan penjaga gol supaya jika seorang penjaga gol dijangkiti, akan ada dua penjaga gol lagi.
"Mereka adalah harapan negara kita untuk mencapai sesuatu, jadi mereka perlu lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
"Saya katakan kepada pemain, mereka perlu ada sikap pentingkan diri, janganlah ada saudara-mara yang hendak datang ziarah, mereka perlu cakap 'maaf, tidak boleh'.
"Kita perlu berjaga-jaga kerana jika seorang kena, semua akan kena," katanya.