Aksi terakhir Formula 1 (F1) di Litar Americas awal pagi tadi tampak didominasi sepenuhnya oleh pelumba Ferrari, Charles Leclerc, untuk meraih 25 mata mengatasi pelumba di tempat kedua, Carlos Saintz.

Leclerc mengambil keputusan untuk memecut laju pada awal perlumbaan selepas Lando Norris dan Max Verstappen terbabas di selekoh pertama.

Ketika pemandu Monaco itu teruja memimpin perlumbaan, drama sebenar pula berlangsung di belakangnya.

Norris, yang mewakili McLaren, melonjakkan kedudukannya ke tempat ketiga selepas memintas Verstappen dari bahagian luar pada selekoh 12 dengan berbaki empat pusingan.

Bagaimanapun, keputusannya untuk tidak memberi laluan kepada Verstappen mengakibatkan dirinya dikenakan penalti lima saat oleh pegawai perlumbaan, sekali gus menyaksikan keputusan akhir memihak kepada Verstappen untuk meraih petak ketiga sementara Norris akur di tempat keempat dengan perbezaan lima mata.