Skip to main content

Sukan Lain

Pelari Filipina cipta kejutan dalam BIM UNICEF

jorge-andrade.jpg
Pelari Filipina, Joerge Andrade, mencipta kejutan apabila muncul juara kategori maraton penuh Kejohanan Maraton Antarabangsa Borneo (BIM) UNICEF di Stadium Likas, Kota Kinabalu, hari ini.

Walaupun agak kurang dikenali, Andrade berjaya mengatasi pelari-pelari Kenya yang sebelum ini dijangka memenangi kategori berkenaan dan kemenangan itu juga adalah yang pertama diraih di luar negara asalnya.

Pelari berusia 26 tahun itu menamatkan larian sejauh 42km itu dengan catatan 2 jam 54 minit 26 saat untuk menewaskan peserta Kenya, Noah Kutung Chepsergon, yang mencatat masa 2'55:26s manakala peserta tempatan, Daved Simpat, di tempat ketiga dengan masa 2'56:23s.

Sementara itu, bagi kategori maraton penuh wanita, pelari dari United Kingdom, Nicci Chapman, dinobat sebagai juara selepas mencatat masa 3'34.05s manakala dua pelari tempatan, iaitu Mailin Salungin serta Rebecca James Juat masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan masa 4'06:32s dan 4'07:26s.

Kejohanan tahunan itu pada edisi kali ini menyaksikan seramai 10,000 peserta menyertainya dengan beberapa kategori dipertandingkan, iaitu maraton penuh (42km), separuh maraton (21km) dan larian 10km.
 

Advertisement

Must Watch Video