Skip to main content

Sukan Lain

Pasukan JJ kejutkan pendahulu T2APAC

image-1-(1).jpeg
Pendahulu saingan T2 Liga Ping Pong Asia Pasifik (T2APAC), Maze, memulakan saingan pusingan ketiga dengan keputusan kurang memberangsangkan apabila tumpas 14-15 kepada pasukan JJ di Studio Pinewood sebentar tadi.

Pasukan JJ berjaya meraih mata kemenangan dalam set pertama menerusi Vladimir Somsonov yang  menang 4-1 (11-6, 7-11, 11-6, 11-10, 8-7) mengatasi lawannya, Chen Chien An, yang mewakili  Maze.

Sun Yingsha terus menambah mata buat JJ dalam set kedua. Pemain wanita itu juga mengatasi Hina Hayata  4-1 (11-9, 9-11, 11-8, 11-6, 5-1) untuk membolehkan JJ mendahului perlawanan 8-2 menamatkan set ini.

Apapun, Maze kembali mendapat kemenangan dalam set ketiga menerusi pemain lelakinya, Aleksandr Shibaev, yang menang 3-2 (11-7, 6-11, 11-4, 11-7, 2-5) menewaskan Chuang Chih-Yuan untuk merapatkan kedudukan kepada 5-10.

Selepas itu, Maze terus merapati JJ melalui kemenangan pemain wanitanya, Feng Tian Wei, dalam set keempat. Pemain Singapura yang pernah merangkul pingat perak dalam Sukan Olimpik 2008 itu menang 4-1 (11-9, 5-11, 11-7, 11-6, 6-2) mengatasi Matilda Ekholm untuk kedudukan menjadi 9-11.

Dalam set kelima, pemain Maze, Timo Boll, terus memberikan saingan kepada pasukan JJ. Dia menang 3-2 (6-11, 11-9, 7-11, 11-8, 6-5) mengatasi pemain muda JJ, Tomokazu Harimoto, untuk merapatkan kedudukan keseluruhan kepada 12-13.

Apapun, pasukan JJ nyata lebih berhak untuk memenangi perlawanan ini. Pemain wanitanya, Jeon Jihee, yang turun dalam set terakhir berjaya mengikat lawannya, Yang Haeun, dengan keputusan seri 2-2 (6-11, 11-9, 7-11, 10-8) sekaligus memberikan kemenangan kepada pasukan JJ.

Ketua pasukan JJ, Jiang Jialiang berkata, “Pasukan JJ bermain dengan baik dan kami bertuah kerana mampu bertahan biarpun diberikan saingan sengit pasukan Maze untuk berjaya menang dalam perlawanan ini. Saya tidak dapat duduk menyaksikan mereka bersaing hebat tadi.

“Saya harap kemenangan ini menjadi pencetus buat pasukan JJ untuk menang dalam semua perlawanan pusingan ketiga. Saya rasa kemenangan ini juga adalah kerana tuah kipas tangan yang diberikan anak bongsu saya yang bertulis “win-win team JJ,” selorohnya selepas perlawanan itu.

Bagaimanapun, kekalahan pasukan Maze tidak menjejaskan pasukan itu untuk berada di puncak liga kerana masih berkelebihan dua mata berbanding pesaing di nombor dua, pasukan Persson.

Advertisement

Must Watch Video