Skip to main content

Bola Sepak

Terkini Final Piala Malaysia: Pengadil Qatar kawal aksi JDT-Kuching City

FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan empat pegawai perlawanan berprofil tinggi dari Qatar untuk mengadili perlawanan akhir Piala Malaysia 2025/26 membabitkan Johor Darul Ta'zim menentang Kuching City yang akan berlangsung di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.

Kesemua mereka bertaraf pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan pengadil elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Keempat-empat pegawai ini bukanlah nama asing di pentas bola sepak antarabangsa. Pengadil bersama kedua-dua penolong pengadil serta pegawai video bantuan pengadil (VAR) pernah mengendalikan beberapa kejohanan utama termasuk Piala Dunia bawah 17 tahun (B-17) dan final Qatar Emir Cup, membuktikan pengalaman serta kredibiliti mereka dalam mengurus perlawanan berintensiti tinggi.

Pelantikan pengadil dari luar negara ini dibuat selepas FAM menerima permohonan rasmi daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi memilih pengadil terbaik untuk mengendalikan perlawanan berprestij edisi ke-99 itu.

Untuk rekod, kali terakhir perkara itu dilakukan adalah dalam final Piala FA 2019 antara Perak dan Kedah, dengan Takuto Okabe dari Jepun menggalas tanggungjawab selaku pengadil perlawanan dibantu oleh dua penolong pengadil iaitu Akane Yagi dan Osamu Nomura.

Must Watch Video