Keadaan cuaca dan logistik menjadi cabaran besar buat kontinjen negara pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 kali ini.
Sekretariat kontinjen negara ke Sukan Olimpik tidak menafikan perkara itu sekali gus sedia memberikan khidmat terbaik untuk memastikan pergerakan atlet berjalan lancar sepanjang temasya itu berlangsung.
Kontinjen negara ke Paris terdiri daripada 26 atlet dan 40 pegawai termasuk 15 pakar teknikal, 11 kakitangan sokongan, sembilan pengurusan dan sekretariat serta lima pengurus pasukan.
Meskipun jumlah itu kecil berbanding negara lain, pihak sekretariat tetap peka dengan segala isu berbangkit termasuk penginapan atlet dan pegawai di perkampungan atlet di Sukan Olimpik.
"Pada awalnya kebanyakan jalan ditutup serta pas pelekat tidak mempunyai aksi ke tempat yang disediakan disebabkan beberapa isu sebelum ini.
"Kami di MSN dan ISN berusaha sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini, kami sentiasa terbuka untuk dengar luahan daripada atlet kemudian mengadakan mesyuarat agar dapat merancang pendekatan yang dapat diadakan.