Skip to main content

Bola Sepak

Challenge Cup: Penang mengamuk di Selayang

Penang

Penang selangkah ke final apabila memiliki defisit lima jaringan menuju perlawanan timbal balik kedua selepas menewaskan Kelantan The Real Warriors 4-2 dalam pertembungan separuh akhir pertama MFL Challenge Cup di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.

Harimau Kumbang mengejutkan tuan rumah apabila mendahului tiga gol dalam masa 15 minit pertama.

Advertisement

Dua jaringan menerusi situasi bola mati oleh Stefano Brundo dan Douglas Coutinho memberi kelebihan awal buat pelawat. Oj Porteria kemudian memastikan Penang selesa tanpa tekanan pada minit ke-14 untuk gol ketiga.

Skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli mula menggugat Penang tatkala Azwan Aripin mula membuka jaringan untuk merapatkan jurang 1-3.

Giliran Farris Izdiham menyempurnakan peluang dalam kotak penalti yang menewaskan Ramadhan Hamid pada minit ke-38, sekali gus isyarat buat Kelantan untuk terus mengasak kubu Penang.

Memasuki babak kedua, KTRW melancarkan serangan tanpa henti demi menyamakan kedudukan, namun segalanya tampak tidak menjadi dengan pertahanan Penang kekal berdisiplin memastikan tiada percubaan bahaya dilakukan.

10 minit sebelum wisel penamat dibunyikan, pertahanan Harimau Malaya, Nur Shamie Iszuan Amin, bijak membaca umpanan pemain import, Dylan Wenzel Halls, untuk memberikan jaringan keempat.

Dan, malam gemilang pasukan bimbingan Wan Rohaimi Wan Ismail itu disempurnakan Wenzel Halls yang mudah menoktahkan sepakan penalti untuk kemenangan besar 5-2. 

Must Watch Video