Wolverhampton Wanderers melakar kemenangan buat kali ketiga bagi musim 2025/2026 dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan Liverpool menjadi mangsa terbaru mereka di Molineux.
Ia merupakan kemenangan berturut-turut pertama berjaya di lakar Wolves dalam aksi EPL buat pertama kali sejak April 2025.
Advertisement
Dengan penyingkiran daripada EPL hampir pasti, Wolves mempamerkan persembahan luar biasa sejak dua perlawanan terdahulu ketika berdepan Arsenal dan Aston Villa.
Dan menerima kunjungan Liverpool, mereka terpaksa menyerap asakan demi asakan serangan skuad kendalian Arne Slot itu di awal permainan.
Ternyata tenang bertahan, memaksa The Reds kian terdesak yang ketika turut berada dalam tekanan untuk mengejar slot ke Liga Juara-Juara musim hadapan.
Ketekunan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil, Wolves berjaya membuka jaringan terlebih dahulu pada minit ke-78 menerusi Rodrigo Gomes.
Liverpool berjaya mendapatkan gol penyamaan menerusi Mo Salah pada minit ke-83 namun Wolves memastikan tiga mata penuh menerusi gol pada masa kecederaan yang disempurnakan oleh Andre.