Skip to main content

Sukan

(Terkini) Kelayakan Piala Dunia: Pakistan tinggal selangkah, Malaysia di persimpangan

hoki

Malaysia terpaksa menunggu lama untuk penentuan ke separuh akhir kerana harus menanti keputusan di antara perlawanan China menentang Austria.

The Speedy Tigers akur kepada musuh tradisi, Pakistan, selepas tewas 3-5 dalam aksi kedua Kumpulan B kempen Hoki Kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir sebentar tadi.

Advertisement

Skuad kendalian Sarjit Singh bagaimanapun wajib memburu kemenangan berdepan China dalam aksi terakhir pada Rabu ini bagi misi ke separuh akhir.

Kem negara bermula garang apabila menyumbat dua gol dalam tempoh dua minit menerusi jaringan padang Muhajir Abdu Rauf (minit ke-12), dan Akhimullah Anuar Esook (minit ke-14) hasil pukulan sudut penalti.

Kebangkitan epik Pakistan bermula 30 saat kemudian apabila Zikriya Hayat kembali menghidupkan peluang buat Pakistan, sebelum Waheed Ashraf Rana menyamakan kedudukan dua minit berselang.

Tersentak, Malaysia kembali mengatur gerakan dan memperkemas serangan balas.

Hasilnya, skuad negara dianugerahkan penalty stroke selepas Faizal Saari dijatuhkan di kawasan D, dan peluang terhidang disempurnakan Fitri Saari untuk sekali lagi meletakkan Malaysia mendahului 3-2.

Pakistan jelas memiliki potensi lebih besar untuk mendapatkan slot tersebut susulan membenam Malaysia 5-3 usai wisel penamat dibunyikan, sekali gus sah menempah tiket ke pusingan seterusnya.

Tiga pasukan terbaik keseluruhan daripada kempen kelayakan kali ini akan mendapat slot automatik ke Piala Dunia 2026.

Kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Dunia adalah pada 2023 di Odisha, India dan menamatkan kejohanan di tempat ke-13 daripada 15 pasukan.

Kredit Photo: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC)

 

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found