SUKAN OLIMPIK
Paris 2024: Berapa had usia atlet Olimpik?
Mungkin anda tertanya-tanya apakah terdapat had usia untuk membolehkan anda layak untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik?
Atau apakah terdapat had usia minimum mahupun maksimum?
Sebenarnya tiada had kelayakan umur bagi membolehkan anda mewakili sesebuah negara untuk menyertai setiap penganjuran temasya Olimpik.
Iklan
Sebaliknya anda hanya perlu melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan mengikut acara sukan yang anda ingin tandingi walaupun usia anda setahun atau seratus tahun.
Mengikut peraturan yang ditetapkan serta dipersetujui oleh badan Olimpik dunia iaitu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), tidak ada mana-mana syarat had usia yang ditentukan bagi seseorang atlet untuk mewakili negaranya dalam setiap penganjuran temasya berkenaan.
Ia termaktub dalam syarat berkenaan seperti di bawah:
"Under rule 42, it states: "There may be no age limit for competitors in the Olympic Games other than as prescribed in the competition rules of an IF as approved by the IOC Executive Board."
Dalam sejarah penganjuran Sukan Olimpik, Oscar Swahn iaitu atlet dari Sweeden merangkul pingat emas dan tercatat sebagai atlet paling tua pernah memenangi pingat emas iaitu ketika usianya 72 tahun.
Malah ketika temasya Olimpik Tokyo 2020 pula kita telah menyaksikan Hend Zaza dari Syria pula muncul selaku pemain paling muda pada era olimpik moden yang bertanding dalam sukan olimpik.
Beliau ketika itu telah mewakili negaranya dalam acara sukan ping pong pada usia 12 tahun!
Must-Watch Video