Bekas atlet angkat berat negara, Ahmad Janius Abdullah, menganggap peletakan jawatan jurulatih, Lukman Junarto, sebagai satu kerugian besar dan berharap Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dapat memujuknya agar kembali bersama skuad kebangsaan.
Keputusan mengejut yang dilakukan Lukman itu dilihat bakal memberi kesan negatif buat skuad angkat berat negara tatkala Malaysia dalam persiapan menghadapi Sukan SEA, Ogos depan.
Janius berasakan PABM perlu memujuk Lukman untuk kembali ke pangkuan skuad negara berdasarkan rekod cemerlangnya membimbing barisan atlet kebangsaan seperti Hafifi Mansor yang layak ke Sukan Olimpik Rio.
"Bagi saya, ia adalah satu kehilangan besar kepada pasukan angkat berat Malaysia, khususnya. Ia kerana dia adalah jurulatih berpengalaman dan banyak ilmu yang sepatutnya kita ambil daripadanya," kata Janius.
Janius pernah membawa pasukan Wilayah Persekutuan untuk berlatih bersama Lukman di Balik Papan, Indonesia sekitar tahun 2014.
"Mungkin akan ada masalah dari segi atlet di bawahnya yang akan berpindah kepada jurulatih baru. Mungkin pertukaran konsep latihan akan melambatkan prestasi atlet-atlet kita," tambah Janius.
Perasaan sedih turut dikongsi barisan atlet yang pernah berlatih di bawah kendalian Lukman.
"Saya rasa sedih kerana tidak dapat berlatih dengannya. Semoga saya dapat berjumpa dan berlatih lagi dengannya," kata atlet angkat berat Wilayah Persekutuan, Ndri Saparudyn.
Lukman telah menghantar surat peletakan jawatan kepada PABM minggu lalu kerana masalah keluarga di Indonesia.