Skip to main content

Sukan Lain

Olimpik Remaja: Alice mahu ikut jejak Javen

alice.jpg
Skuad ping pong negara berpeluang menambah bilangan peserta kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina, Oktober depan, dengan sandaran kini kepada Alice Chang Li Sian yang akan merebut slot terakhir dalam kejohanan kelayakan di New Zealand, 8 Jun ini.

Rarotonga, Cook Islands akan menjadi destinasi terakhir siri kelayakan ke Olimpik Remaja bagi acara ping pong.

Alice, yang dipilih mewakili Malaysia ke sesi kelayakan itu, menyimpan hasrat untuk mengikut jejak langkah rakan sepasukan, Choong Javen, yang meraih kelayakan di Bangkok.

Namun, syaratnya adalah Alice perlu menjuarai sesi kelayakan itu andai mahu turut serta ke Buenos Aires, Oktober depan.

"Ada cabaran sikit kerana bertemu pemain berbisa dari India. Saya kalah menentang pemain itu pada minggu lalu. Selain itu, ada juga pemain berbisa dari Iran dan Sweden," kata Alice.

Jika layak, dia bakal melakar sejarah menjadi pemain ping pong wanita remaja yang pertama beraksi dalam temasya itu.

Setakat ini, selain Javen, skuad hoki lima sepasukan lelaki serta atlet gimrama, Rayna Hoh, sudah pun menempah slot ke Sukan Olimpik Remaja.

"Saya akan membuat persediaan rapi, termasuk daripada segi mental dan kemahiran. Ia kerana saya mahu melayakkan diri ke Olimpik Remaja.

"Kalau layak, saya akan menjadi wanita pertama dari Malaysia menerusi sukan ini," kata Alice lagi.

Advertisement

Must Watch Video