Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga Terbuka Malaysia: Hup Wei sedia beri Nauraj cabaran hebat

lee-hup-wei.jpg
Nauraj Singh mengukuhkan kembali reputasi sebagai jaguh utama lompat tinggi negara apabila menjuarai Kejohanan Jemputan Mito di Jepun dengan ketinggian 2.21 meter.

Ia sekali gus menghangatkan persaingan dengan atlet senior, Lee Hup Wei, menjelang Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Nasional, Bandar Sukan Kuala Lumpur dari 11-13 Mei ini. 

Kejayaan Nauraj di Jepun itu membuktikan dia sudah keluar daripada masalah prestasi.

Terdahulu, Nauraj dikritik ekoran kegagalannya mempamerkan aksi meyakinkan sejak awal tahun ini, termasuk ketika meraih tangga ke-10 dalam Sukan Komanwel Gold Coast bulan lalu walaupun berada dalam Program Podium.

Situasi ini bermakna Nauraj akan memberi cabaran sengit buat Hup Wei yang memiliki catatan terbaik musim ini, 2.28m.

"Dia pasti akan mempamerkan aksi lebih bagus dalam Terbuka Malaysia untuk bangkit daripada kekecewaan Sukan Komanwel Gold Coast. 

"Dia pasti akan bertambah yakin sekembalinya dari Jepun. 

"Buat masa ini, kami tidak pasti siapakah pencabar lain," kata Hup Wei. 

Hup Wei memegang rekod atlet lompat tinggi negara yang paling banyak menjuarai Terbuka Malaysia, iaitu sebanyak tujuh kali.

Selain Nauraj, Hup Wei dijangka berdepan tentangan sengit daripada wakil India dan Sri Lanka yang mengesahkan penyertaan dalam Terbuka Malaysia, bermula Jumaat ini.

Advertisement

Must Watch Video