Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin, berazam untuk menutup mulut pengkritik selepas aksi buruk dipamerkannya dalam Sukan Komanwel Gold Coast menerusi lemparan melebihi 60 meter dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2018 yang bermula esok.
Terbuka Malaysia dianggap penting sebagai pentas kebangkitan semula Irfan.
Juara tiga kali itu bergelut di Gold Coast apabila gagal melakukan sebarang catatan dalam ketiga-tiga percubaan sehingga menjadi mangsa kritikan.
"Saya tidak meletakkan sebarang sasaran untuk memenangi sebarang kejohanan pada masa terdekat ini.
"Sasaran saya adalah untuk memperbaiki lemparan. Tidak kisah saya meraih nombor satu atau dua, yang penting jarak adalah jarak serta dapat bebas daripada kecederaan.
"Saya mahu mencatat jarak 60m terlebih dahulu," katanya.
Sehubungan itu, atlet kelahiran Negeri Sembilan itu tidak menetapkan sasaran pingat kerana lebih mengutamakan jarak lemparan.
Irfan merupakan pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 62.55m yang dilakukan di Austria tahun lalu. Bagaimanapun, catatan terbaiknya musim ini hanyalah 57m yang dilakarnya dalam satu kejohanan di Brisbane, Australia, awal tahun ini.