KL Wildcats, yang tampil dengan wajah baru, selesa merendah diri dalam saingan Netball Super League (NSL) 2023 biarpun merupakan finalis edisi lalu.
Skuad Wildcats, yang dibimbing Norizan Rajab, akan membuka tirai kejohanan menentang juara bertahan, Johor Jewels, di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.
Pengurus pasukan, Yatimah Hashim, memberitahu Wildcats telah membentuk skuad haru setelah ramai pemain yang digilap sejak tahun 2017 berhijrah ke pasukan lain bagi mengharungi kejohanan berkenaan.
Bagaimanapun, dia berkata ia tidak melemahkan semangat pengurusan untuk membina semula skuad itu apabila membariskan 100 peratus pemain baru berusia antara 17 hingga 19 tahun, yang merupakan skuad projek untuk mengharungi Sukan Malaysia (Sukma) bagi edisi 2024 dan 2026.
“Bagi menjayakan program tersebut, kami berkolaborasi dengan pemain antarabangsa bertaraf dunia, iaitu dari Uganda.
“Dua pemain Uganda menyertai kami akhir September lalu. Mereka bersama membantu pemain menerusi teknik dan corak permainan terbaik untuk membentuk pasukan mantap.
“Secara kebetulan, berlangsung NSL 2023 dan kami terus serap mereka sebagai pemain dalam skuad untuk mengharungi kejohanan itu,” katanya.
Meskipun baru dibentuk akhir tahun lalu, skuad itu sudah menunjukkan taring apabila muncul juara Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan edisi ke-44 baru-baru ini.
Justeru, bagi NSL 2023, Yatimah tidak menaruh harapan menggunung buat skuad mudanya untuk mengungguli kejohanan berkenaan.
“Saya tak letak harapan yang tinggi. Apapun buat yang terbaik. Timba pengalaman sebaik mungkin.
“Perjuangan mereka masih panjang, NSL mampu mematangkan mereka dan menjadi pentas pemanas badan untuk kejohanan yang lebih besar,” katanya lagi.
--Sinar Harian