Skip to main content

Sukan Lain

Nor Iasah sedia jalani pemulihan

noor-iasah.jpg
Selepas terpaksa menarik diri saat-saat akhir daripada beraksi dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai ekoran masalah kesihatan, atlet negara, Siti Nor Iasah Ariffin, siap sedia menjalani proses pemulihan menjelang Sukan Para Asean, Mac depan.

Atas nasihat doktor, Nor Iasah terpaksa melupakan Kejohanan Dunia bulan lalu selepas mengalami masalah kesihatan yang memaksanya menjalani pembedahan kecil di bahagian pinggul. 

Justeru, penundaan tarikh Sukan Para Asean ke Mac depan memberi kelebihan buat atlet berusia 31 tahun itu untuk menjalani proses pemulihannya. 

Dia optimis dapat mengekalkan kedudukan pertama di Filipina nanti meskipun penglibatannya dalam Kejohanan Global Inas Brisbane, Australia menyaksikan dia menamatkan saingan final di tempat ketiga. 

"Saya ada menjalani pembedahan kecil, jadi doktor bagi tempoh pemulihan selama dua minggu. Dalam tempoh itu, saya tidak rehat sepenuhnya tetapi tetap buat latihan kecergasan. Memang rasa sedih," katanya.

Sementara itu, pelari 400 meter kategori (T20) itu turut menyasarkan untuk memperbaiki catatan masa peribadi terbaik 59.79 saat yang dilakar tahun lalu, sekali gus memburu slot kelayakan Sukan Paralimpik Tokyo 2020. 

"Kalau boleh, saya nak kekalkan kedudukan saya. Mungkin saya akan perbaharui catatan masa sebelum ini, jadi tahun ini memang saya nekad untuk kekalkannya sebab lawan masih sama."



Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video