Setiausaha Agung, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib, sedia untuk berdepan pelbagai cabaran dan kritikan dalam menjawat tugas barunya bersama badan berkenaan.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua persatuan yang memberi undi kepada saya. Memang hebat persaingan untuk jawatan ini. Ia satu jawatan yang memikul banyak kerja dan perlu mengambil masa yang banyak.
"Saya pun tidak mendapat sokongan (undi) penuh daripada setiap persatuan sukan. Tetapi di sini sebagai orang muda, saya akan bekerja dengan lebih keras dengan membawa idea baru seperti sistem-sistem atas talian yang terkini," katanya selepas dipilih dalam mesyuarat agung tahunan (AGM), hari ini.
Mengulas mengenai dana RM2 juta yang diberikan kepada Majlis Sukan (MSN) dan bayaran kepada perunding seperti dikatakan dalam ucapannya, Nazifuddin berkata: "Kami ambil perunding untuk melihat apa masalah struktur organisasi dan masalah kakitangan. Jadi, daripada laporan itu, kami tahu masalahnya adalah daripada personaliti dalam setiausaha agung.
"Apa yang disebut tentang MSN, memberikan pendahuluan seperti pembayaran tiket dan perlawanan. Kami perlu ambil semula hutang itu. Jadi, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam jumlah sebanyak RM2 juta.
"Kalau beberapa ratus ribu, ia boleh diterima tetapi perkara seperti ini perlu dikurangkan supaya kami memberikan khidmat yang lebih kepada persatuan sukan kami," katanya lagi.
Terdahulu dalam perebutan jawatan setiausaha agung, Nazifuddin memperoleh 49 undi, hanya satu undi membezakannya dengan penyandang sebelum ini, Datuk Low Beng Choo.
"Saya perlu terima sebab undian ada dalam persatuan sukan. Mereka telah membuat undian mereka.
"Walaupun (berbeza) satu undi, mereka telah membuat pilihan untuk perubahan. Jadi, kami perlu terima keputusan yang dibuat persatuan sukan," kata Beng Choo.
Nazifuddin menjadi setiausaha agung kelima badan itu, dengan Thong Poh Nyen kekal individu paling lama pernah menjawat jawatan itu.
Setiausaha Agung MOM:
Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib (2018 - Kini)
Datuk Low Beng Choo (2015-2017)
Datuk Sieh Kok Chi (1992 - 2015)
Thong Poh Nyen (1961 - 1992)
K. Aryadurai (1961 - 1961)
M. Vasagam (1953 - 1961)