Usaha Rafael Nadal untuk meraih kejuaraan Terbuka Perancis buat kali ke-11 bermula dengan kemenangan ke atas Simone Bolelli 6-4, 6-3, 7-6 (11-9) di Gelanggang Suzanne Lenglen, awal hari ini.
Walaupun melepasi perlawanan yang pada awalnya tertangguh akibat hujan dengan straight sets, pemain nombor satu dunia itu terpaksa melepaskan empat mata sebelum menyelamatkan aksi tie-break set ketiga -- rekod pertama Nadal dalam Roland Garros sejak 2013.
"Perlawanan itu bagus," kata Nadal mengenai pertemuannya dengan Bolelli. "Saya fikir ini adalah perlawanan sukar kerana dia bermain dengan sangat agresif.
"Saya bertahan. Ia sentiasa sukar untuk bermain menentang pemain yang mahu memukul bola dengan kuat.
"Dia bermain dengan baik dan bermain dengan banyak risiko. Saya sedar saya perlu bermain lebih agresif juga."
Juan Martin del Potro juga terpaksa berhempas-pulas untuk memastikan tempat dalam pusingan seterusnya, dengan bangkit daripada ketinggalan satu set untuk mengalahkan pemain veteran yang mendapat wildcard, Nicolas Mahut.
Mahut berada dalam prestasi baik pada awal perlawanan menentang Del Potro dan meraih set pertama 6-1.
Tetapi dia tidak dapat bertahan apabila Del Potro mencatat kemenangan 1-6, 6-1, 6-2, 6-4.
Sementara itu, Feliciano Lopez menyamai rekod yang dipegang Roger Federer walaupun kalah dalam pusingan pertama.
Pemain kelahiran Sepanyol itu membuat penampilan ke-65 ketika menentang Sergiy Stakhovsky, bagaimanapun tewas 6-2, 6-4, 6-2 kepada pemain Ukraine itu.