Ibu kepada Andy Murray, Judith, berkata pemain tenis itu sedang berusaha untuk pulih daripada kecederaan dan berharap dapat kembali ke tahap terbaik untuk bersaing dalam Wimbledon.
Pemenang grand slam tiga kali itu masih tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan utama sejak tahun lalu di SW19 dan menjalani pembedahan pinggul pada Januari lalu.
Pada Mac lalu, Murray sudah mula memberikan komitmen kepada Kejohanan Gelanggang Rumput Rosmalen, yang bermula pada 11 Jun, walaupun terdapat laporan yang menyatakan dia akan bermain dalam Jejalah Cabaran ATP di Loughborough, bulan ini.
Bagaimanapun, terdapat khabar yang memberitahu pemulihan Murray terganggu akibat menjalani latihan di gelanggang.
Tetapi Judith menegaskan bahawa anaknya sedang dalam sasaran untuk kembali beraksi dalam kejohanan gelanggang rumput.
"Ia merupakan rehat jangka panjang yang mengecewakan buatnya," kata Judith.
"Dia sedang berusaha untuk kembali cergas tetapi saingan tenis lelaki yang sangat kompetitif, sukar buatnya untuk berada pada tahap 100 peratus.
"Saya berharap dia akan kembali beraksi dalam Wimbledon dan mampu bersaing dengan baik."