Skip to main content

Sukan Lain

MUHA harap MOM benarkan dana awam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

muha.jpg
Timbalan Presiden Persatuan Hoki Dalam Air Malaysia (MUHA), Roshan Babu, meminta agar Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mempertimbangkan untuk membenarkan kutipan dana awam apabila badan induk itu bersidang bulan depan.

Baginya, cara itu wajar dipertimbangkan kerana ia mampu mengumpulkan dana dalam masa yang singkat seperti yang dilakukan MUHA menjelang Sukan SEA Filipina bulan lalu.

"Ia wajar dilakukan kerana bagi persatuan yang baru ditubuhkan, mereka tidak memiliki dana yang mencukupi untuk menyertai pertandingan.

"Daripada apa yang kami hadapi dalam Sukan SEA lalu, kami hanya mempunyai enam bulan untuk mengumpulkan dana.

"Kami memerlukan lebih daripada RM70,000.

"Cara paling cepat untuk persatuan mendapatkan wang adalah dengan dana awam," katanya.

Mengulas lebih panjang mengenai dana awam, Roshan menambah: "Ia bukan perkara baru dan sudah diamalkan sejak beberapa tahun lalu.

"Dana awam bukanlah seperti meminta sedekah atau meminta derma, sesiapa yang berminat atau rasa bertanggungjawab, mereka hanya perlu menghulurkan wang.

"Saya harap MOM akan mengizinkannya kerana ia bukan seteruk yang disangka sehingga mengaibkan (persatuan) tetapi ia amat membantu atlet dan persatuan," tambahnya.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video