Pendahulu kejuaraan MotoGP, Fabio Quartararo, percaya dia mempunyai rentak kemenangan di Litar Silverstone tetapi penalti yang dikenakan meletakkannya dalam situasi tidak menentu.
Pelumba Perancis itu akan bermula di barisan kedua malam ini selepas menamatkan perlumbaan P4 di belakang Jack Miller, Maverick Vinales sementara petak pertama dikuasai Johann Zarco yang mencatat masa 0.171 saat di depan pendahulu kejuaraan tersebut.
Kepantasan Quartararo bermakna dia berada dalam kedudukan yang baik untuk pusingan ke-12 musim ini tetapi setelah dikenakan penalti kerana berlanggar dengan Aleix Espargaro dalam perlumbaan di Belanda, dia tahu ia boleh menjejaskan misinya melebarkan kedudukan di puncak.
"Johann mempunyai rentak yang sangat kuat, saya rasa dia yang terpantas. Tetapi saya fikir rentak kami adalah berjuang untuk kemenangan," katanya kepada Autosport.
"Baiklah, dengan penalti yang dikenakan, kami tidak pasti apakah kedudukan yang bakal kelak tetapi sekurang-kurangnya rentak kami adalah di peringkat tertinggi."
Are you ready for the return of 2 wheeled racing?! ?
— MotoGP™? (@MotoGP) August 6, 2022
This is how the #MotoGP grid lines up tomorrow ?️?#BritishGP ?? pic.twitter.com/mPYFjHdRL6
Tambah Quartararo, dia tidak mampu menawarkan apa-apa lagi ketika kelayakan kerana sudah mencapai prestasi maksimum selain berpuas hati dengan catatan pusingannya.
"Begitulah keadaannya. Maksud saya, saya membuat satu pusingan kelayakan terbaik tahun ini, saya rasa saya tidak mampu mengerahnya lagi. Kadang-kadang kami mahukan lebih kuasa lagi tetapi kami sudah berada di tahap maksimum," katanya lagi.
"Saya juga gembira dengan tunggangan dalam FP4. Kemalangan Aleix dan Takaaki Nakagami menyebabkan saya tidak dapat menamatkan pusingan kerana bendera kuning.
"Trek ini jauh lebih baik daripada tahun lalu dan ketekalan kami juga jauh lebih baik."
Quartararo kini mendahului Espargaro dengan 21 mata di kedudukan penunggang.