Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak menafikan kesukaran untuk merealisasikan misi pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, namun berharap semua atlet dapat mengakhiri cabaran itu di kedudukan podium.
Berbaki tujuh bulan menjelang temasya terbesar dunia itu, harapan emas negara kini digendong jaguh berbasikal trek, Azizulhasni Awang.
Walaupun memiliki beberapa prospek lain seperti ratu terjun, Pandelela Rinong, dan ratu gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi, MOM tidak menolak misi itu amat sukar direalisasikan.
"Misi emas itu sesuatu yang mencabar walaupun kami mengharapkan prestasi terbaik (atlet negara) untuk mendapatkan kedudukan podium.
"Kita perlu realistik dan melihat kes spesifik bagi setiap atlet.
"Kami akan fokus untuk membantu atlet mencapai yang terbaik daripada segi prestasi dan kedudukan terbaik," kata Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib.
Tambahnya, badan induk itu masih menantikan jumlah keseluruhan atlet yang layak ke Tokyo untuk merangka persediaan terbaik buat mereka
"Semua penyertaan dalam Sukan Olimpik dan semua penyertaan yang masih kami tunggu akan diketuahui tahun ini.
"Kami akan melihat bagaimana untuk menyediakan persiapan terbaik untuk mereka.
"Kita akan berlawan dengan 200 negara lain, jadi kami mahu menyediakan persediaan terbaik untuk setiap penyertaan dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020," tambahnya.
Editor: Muzaffar Musa