EXCO Belia, Sukan Dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi, menjelaskan sebanyak 448 pelajar daripada 64 sekolah seluruh Selangor bakal berentap dalam Kejohanan Mobile Legend Bang-Bang (MLBB0 Selangor Future Cup 2025 di Aeon Mall, Shah alam, 22 hingga 23 Februari ini.
Dia terus menjelaskan kejohanan itu akan menggunakan konsepkan 'Double Elimination' yang turut digunakan di kejohanan di peringkat antarabangsa dimana setiap pasukan akan diberikan peluang beraksi lebih daripada satu perlawanan.
"MLBB Selangor Future Cup merupakan satu program Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerjasama gergasi e-sukan iaitu Selangor Red Giants (SRG) dan Todak Academy. Cabaran adalah untuk mengenalpasti bakat-bakat di sekolah, yang terlibat 64 sekolah di Selangor.
"Format adalah 'Sistem Kalah Mati', dua pasukan terbaik dalam setiap kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya. Setiap pasukan diberikan peluang bermain lebih daripada satu perlawanan. Kami gunakan konsep 'Double Elimination'.
Dia turut berkongsikan penerimaan sukan itu yang semakin mendapat diterima masyarakat dengan menjelaskan: "Sebelum ini stigma terhadap e-sukan tidak menjanjikan apa-apa, sekarang banyak sekolah dan ibu-bapa yang mahu daftarkan anak mereka kerana sukan ini ada potensi. Ia mengubah pandangan mereka." tambahnya.