Jika diimbau sejarah pembabitan Casey Stoner dalam dunia MotoGP, sebenarnya pelumba ini bolehlah dianggap watak wira yang mampu mengangkat jenama Ducati tatkala pasukan pengeluar itu melalui zaman kegelapan.
Bahkan tidak keterlaluan jika kita letakkan dia selaku pelumba yang amat istimewa dalam sejarah MotoGP, terutama membabitkan Ducati apabila rekod menunjukkan jenama pengeluar itu tidak mampu bersaing dengan yang lain di era tersebut.
Namun ia sebaliknya berlaku apabila jentera itu berada di tangan Stoner, yang ternyata menjadi satu-satunya pelumba yang mampu melakar kemenangan demi kemenangan bahkan hingga muncul selaku juara dunia.
Mana tidaknya, hatta pelumba hebat yang kini dianggap lagenda MotoGP, seperti Valentino Rossi pun ketika itu tidak berdaya untuk melonjakkan nama Ducati, sekalipun dengan segala pengalaman dan kemahiran digunakanya untuk tujuan itu.
Ketika Stoner menyertai pasukan Ducati pada 2007, yang ketika itu dikenali dengan Ducati Marlboro, tidak ramai yang meletakkan sebarang sasaran untuknya menyinar, bahkan sering sahaja kebanyakkan peminat MotoGP meletakkan status pengakhiran karier buat sesiapa sahaja yang menyertai pasukan tersebut ketika itu.
Jentera Desmosedici GP7 yang digunakan ketika itu tidak mempunyai kekuatan untuk bersaing dengan sang juara yang lain, malah dianggap jentera yang paling sukar dikawal dan paling tidak memiliki daya saing.
Bahkan, Rossi sendiri, yang keluar dari pasukan Yamaha dek kerana mahu membuktikan bahawa dia mampu mencipta kejayaan sekalipun bukan bersama jentera keluaran Jepun ketika itu, juga gagal melaksanakannya hingga akhir.
Jika diimbau, setiap kali Rossi berada di atas litar bersama Ducati ketika itu, hanya akan ada dua pengakhiran yang biasanya dia kecapi, sama ada terjatuh ataupun hanya sekadar melengkapkan pusingan perlumbaan sahaja tanpa podium.
Tetapi memang pelik bin ajaib sebaik Ducati mengambil Stoner selaku pelumba mereka kerana dia seakan langsung tidak menunjukkan sebarang kesukaran dengan Desmosedici GP7, sebaliknya dia mampu menamatkan perlumbaan di atas podium demi podium.
Ramai terkejut dengan pencapaianya ketika itu, bahkan pelumba-pelumba lain juga sukar untuk mempercayai kemampuan yang dimilikinya bersama Ducati.
Dalam musim pertama Stoner bersama Ducati, pelumba kelahiran Australia itu berjaya menakluki kesemua litar dengan merekodkan sepuluh kemenangan dan enam podium.
Aksinya bersama Desmosedici GP7 cukup memukau dengan menyaksikan dia seakan berjaya menyatukan jiwanya dengan jentera itu hingga menghasilkan daya pecutan yang sangat pantas.
Pada musim itu sahaja, Stoner menyelesaikan tugasnya selaku pelumba Ducati selaku juara dunia yang baru, satu pencapaian yang amat luar biasa dan di luar jangkaan semua pihak ketika itu.
Bukan sahaja gelaran juara itu yang menjadi tajuk perbualan semua kawan dan lawan, tetapi cara dan kemahiran beliau yang mampu mengendalikan jentera yang dianggap paling liar itu dengan baik telah membuat kebanyakan lawan yang ada terpana dengan apa yang mereka saksikan setiap kali berentap di litar.
Dalam satu temubual yang pernah diadakan bersama Rossi ketika beliau memutuskan untuk meninggalkan Ducati, pelumba itu mengakui Desmosedici GP7 adalah jentera yang terlalu sukar untuk dikawal bahkan masalah paling besar yang dialaminya ketika itu iaitu cengkaman tayar hadapan pada setiap selekoh tidak mampu diatasi oleh dia dan pasukannya hingga saat akhir sebelum dia kembali kepada Yamaha.
Namun semua jawapan itu terlalu sukar untuk dipercayai setiap kali Stoner beraksi kerana ia seakan terlalu mudah bagi beliau untuk menundukkan Desmosedici GP7 hingga sukar untuk dikekang oleh pelumba lain.
Pada 2007 sahaja Stoner telah meraih 367 mata keseluruhan dengan sepuluh kejuaraan selain enam pengakhiran di podium.
Malah untuk musim tersebut Stoner turut merekodkan permulaan perlumbaan di petak hadapan sebanyak lima kali bersama Desmosedici GP7.
Sehingga kini kejayaan dan kemampuan Stoner ketika era itu masih lagi menjadi tanda tanya tentang persoalan bagaimanakah beliau melakukanya ketika itu.
Ini adalah komen daripada sebahagian pelumba mengenai Stoner:
"Dia adalah salah satu pelumba yang paling berbakat yang pernah saya lihat dan kenali." - Valentino Rossi
"Stoner adalah sesuatu yang luar biasa, dia memiliki kecepatan dan keterampilan yang sangat luar biasa." - Jorge Lorenzo
"Casey Stoner adalah pelumba yang memiliki dedikasi yang sangat tinggi, dia benar-benar menginspirasikan saya." - Marc Marquez