Skuad bola jaring remaja negara bawah 21 tahun (B-21) kini selamat tiba di Jeonju, Korea Selatan dalam misi mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut dalam Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2025 bermula esok hingga 5 Julai depan.
Pasukan yang dikemudi ketua pasukan, Siti Nur Hidayatul Akhma, berada dalam kumpulan A yang bersama Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan India sementara enam lagi pasukan selebihnya (Chinese Taipei, Jepun, Korea, Pakistan, Maldives dan Saudi Arabia) berada dalam kumpulan B.
Mereka dijadualkan berdepan naib juara edisi lalu, Singapura pada 28 Jun menyaksikan ini merupakan ulangan pertemuan final edisi 2023 tetapi kalini, bertemu awal dalam aksi pembukaan.
Format kali ini juga berbeza dengan juara Kumpulan A akan terus layak ke aksi final menunggu di antara naib juara kumpulan A atau tempat ketiga kumpulan A yang akan bertemu semula di peringkat separuh akhir.
Walaupun pasukan kalini terdiri daripada sembilan pemain baru yang bakal membuat penampilan pertama bersama skuad remaja kebangsaan dan hanya ada dua pemain dari edisi dua tahun lalu, ketua jurulatih, Aminah Asaari, yakin anak buahnya mampu melunaskan tanggungjawab yang diberikan selepas hampir sebulan melakukan persiapan rapi untuk mencari kombinasi terbaik pasukan.
Untuk rekod, Malaysia pernah memenangi Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia sebanyak tujuh kali sebelum ini, dan dua kali berturut-turut adalah pada dua edisi terbaru iaitu 2019 dan 2023.
Jika mereka berjaya mengekalkan kejuaraan pada edisi tahun ini, ia bakal menyaksikan hatrik kejuaraan berulang semula seperti yang dilakukan pada tahun 2004 hingga 2008.
All the best young ladies!