Skip to main content

Sukan Lain

Milo MSSM Olahraga 2025: Selepas lima edisi, lontaran Nur Syazliana akhirnya butir emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syazliana.jpg
Acara lontar peluru wanita Bawah 18 tahun Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 didominasi Nur Syazliana Arifin yang menanam hasrat untuk jadi atlet yang disegani bersama skuad olahraga negara.

Syazliana mula terbit rasa cinta dengan acara lontar peluru selepas melihat idolanya, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas Paralimpik Rio de Janeiro pada 2016.

Sejak pada itu, dia bermimpi mengikut jejak langkah idolanya itu tetapi di pentas berbeza iaitu di MSSM.

Empat tahun cuba tanpa henti, namun, pengakhiran manis yang didambakan tidak kunjung tiba.

Sehinggalah, penampilan kelima peribadi di Perlis — membuahkan hasil dengan lontaran sejauh, 13.98 meter.

Pilihan utama temasya, Tiffanny Correnny dari Sarawak terpaksa akur dengan pingat perak.

Advertisement

Must Watch Video