Saingan hari kelima dan terakhir Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Perlis menyaksikan sejarah paling agung sepanjang penganjuran terjadi.
Permata baru sukan olahraga negara, Izzatul Musfirah, muncul atlet pertama menggondol empat pingat emas serta empat rekod baru temasya sekaligus muncul atlet paling menyerlah dalam edisi kali ini.
Sensasi terbaru Izzatul itu apabila mengetuai kuartet 4x400meter Terengganu merekodkan catatan masa 3.55.47s (saat).
Terengganu merupakan kuartet pilihan di pentas final memandangkan atlet yang sama mengungguli saingan 4X100m pada Khamis lalu.
Penguasaan Terengganu dimulakan dengan Nor Aliya Najihah selaku pelari pertama yang mula meninggalkan pesaing lain seawal pusingan pertama ketika merekodkan larian 57 saat.
Momentum itu dibawa Nurin Aira Rusdi dan Nur Farisha Ardeanna dengan tiada saingan diberikan terhadap kuartet Terengganu itu.
Tumpuan terarah kepada Izzatul selaku pelari terakhir yang mengejar catatan masa terbaik MSSM, malah bebanan tanggungjawab itu digalasnya sehingga melintasi garisan penamat untuk lakaran sejarah baru.
Pingat perak menjadi milik Pulau Pinang tatkala Sabah melengkapkan kedudukan podium.
Disebalik sensasi kuartet Terengganu, tersirat rahsia pasukan yang dipendam selama ini selepas rejim latihan melawan arah angin di Terengganu menjadi rahsia kekal berada di kelas yang tersendiri.
"Terengganu hebat dalam sukan Olahraga kerana kami ada banyak pantai di Terengganu, daripada situ kami berlatih lawan angin.
"Angin sangat kuat tadi dan itu kelebihan buat kami, berlatih di tempat biasa umpama berlatih tanpa halangan. Tetapi jika ada angin rasa berat.
"Kesempatan itu juga kami dapat memenangi emas, dan memecahkan rekod senior kami sendiri." katanya.