Skip to main content

Sukan Lain

Milo MSSM 2025: Izzatul Musfirah intai slot ke Sukan SEA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izzatu-musfirah.jpg
Pelari pecut wanita pertama negara merekodkan catatan 100 meter Bawah 18 tahun dengan catatan di bawah 12 saat, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira, sedang mengintai slot untuk ke Sukan SEA Thailand Disember hadapan.

Meskipun masih berusia 17 tahun, namun Izzatul mempunyai visi dan misi yang jelas untuk mencabar kemampuan diri di pentas elit Asia Tenggara.

Segalanya bermula apabila cabaran yang dilontarkan jurulatihnya, Khairul Azman Adenan untuk saingan MSSM 2025 di Perlis kali ini bersifat gurauan namun, diambil serius oleh Izzatul.

Cabaran yang disuarakan jurulatihnya, untuk menggondol kesemua empat emas, acara yang disertai Izzatul sambil melakukan rekod baru temasya.

Izzatul melepasi cabaran pertama apabila meraih emas dalam acara pertamanya, 100 meter Bawah 18 serta melakar rekod baru MSSM menerusi catatan 11.84s.

Baki tiga acara yang disertai Izzatul, 4x100m, 200m serta 4x400m.
 
Milo

Tenaga Untuk Kejar Impian

Dari gelanggang MSSM hingga pentas Sukan SEA, Milo jadi teman setiap langkah.


Rasai Tenaga Juara

Advertisement

Must Watch Video