Jurulatih baru skuad ragbi 15's negara, Brad Mika, akan menandatangani kontrak bersama Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Jumaati ini, selepas bakal mengadakan pertemuan bersama badan induk berkenaan.
Mika, bekas pemain New Zealand All Blacks, sebelum ini menyandang jawatan pengarah teknikal ragbi Malaysia sejak Februari 2017.
Selain itu, dia juga mengemudi pasukan ragbi Sabah dan kelab Borneo Eagles.
Susulan peletakan jawatan Lee Nyuk Fah, Mika menjadi pilihan KRM untuk mengemudi skuad kebangsaan bagi menghadapi cabaran Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2019.
Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya, mengakui Mika masih belum mengikat kontrak bersama badan induk berkenaan tetapi menjangkakan beliau akan berbuat demikian Jumaat ini.
"KRM akan berbincang pada 13 Julai ini bagi perlantikan Brad Mika sebagai jurulatih skuad ragbi 15's negara," kata Shahrul ketika majlis sambutan Aidilfitri anjuran KRM di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), kelmarin.
Ia turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Antara yang menjadi perbincangan sudah pasti stadium khas untuk sukan ragbi seperti dijanjikan oleh pentadbiran KBS yang terdahulu.
"Perkara paling penting adalah kami dapat meningkatkan mutu sukan ragbi ke tahap yang lebih tinggi untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa," kata Syed Saddiq.