Melaka menjadi pilihan utama kapten skuad futsal kebangsaan, Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin, untuk beraksi dalam Kejohanan Kelab Futsal AFF 2018 di Jakarta pada Julai depan.
Khairul atau lebih dikenali sebagai Ayon sebelum ini dalam dilema untuk membuat pilihan sama ada beraksi bagi pasukan Melaka atau kelab dari Indonesia, SKN Kebumen.
Ayon muncul wira selepas berjaya membantu kelab itu meraih naib juara Liga Futsal Profesional Indonesia (PFL) 2018, sekali gus menerima tawaran sekali lagi untuk terus beraksi bersama SKN Kebumen bagi saingan Kelab AFF pula.
Memandangkan dia ingin meluangkan masa bersama keluarga, Ayon berasakan adalah lebih baik untuknya mengutamakan pasukan Melaka terlebih dahulu sebelum mengadakan perbincangan lanjut bersama kelab SKN Kebumen di Yogyakarta, Sabtu depan.
"Boleh dikatakan 80 hingga 90 peratus keputusan saya bersama Melaka di atas sebab-sebab tertentu. SKN pun ada tawar kontrak selama setahun. Kalau mereka boleh menimbang, selepas tamat LFK (Liga Futsal Kebangsaan), dengan tawaran yang berbaloi, saya boleh terima untuk ke sana.
"Tawaran di Indonesia itu lagi besar, cuma saya mahu dekat dengan keluarga pada Ramadan dan Hari Raya ini. Jadi, saya lebih berminat untuk ke Melaka," ujarnya.
Melaka berada dalam Kumpulan B bersama kelab dari Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Sudah pasti, pengalaman yang ada bersama SKN Kebumen selama tujuh bulan mampu menjadi senjata berguna buat Ayon untuk membantu Melaka mengharungi saingan Kelab AFF.
"Memang sangat sukar tetapi saya sudah bersama SKN. Jadi, saya tahu serba sedikit tentang pasukan itu.
"Jadi, saya dan Melaka akan menggunakan apa kelebihan yang ada untuk bertemu dengan mereka," katanya lagi.