Prestasi semasa 'Megatron' atau nama sebenarnya Megawati Hangestri Pertiwi yang kini beraksi dalam liga utama bola tampar Korea Selatan terus digeruni oleh lawan dan kawan.
Terbaharu, legenda bola tampar negara itu, Kim Yeon-Koung, terpesona dan terinspirasi dengan persembahan serta kemampuan yang dijelmakan oleh pemain dari Indonesia itu.
Dalam aksi terakhir bintang Pink Spiders itu, Yeong Koung mengakui Megawati bukan calang-calang pemain tetapi memiliki segala yang diperlukan sebagai seorang pemain bola tampar yang sempurna.
Berdepan dengan Megawati yang mewakili Red Sparks, Yeong koung mengakui agak sukar untuk mendapatkan mata terutamanya setiap kali pemain itu beraksi.
Malah pemain itu katanya menyumbangkan sebanya 37 mata ketika beraksi menentangn pasukanya.
"Dia telah menjadi pemain yang benar-benar menakutkan lawan dan telah menaikan tahap status liga bola tampar kami," katanya selepas aksi perlawanan tersebut.
Dalam masa sama, dia mengakui sukar untuk membayangkan betapa kuatnya pasukan kebangsaan Indonesia dan ia sudah pastinya sesuatu yang menakutkan jika perlu berhadapan dengan mereka.
"Di sisi lain saya juga agak tertanya-tanya berapa ngerikah agaknya jika saya perlu berhadapan denganya sebagai salah seorang pemain yang mewakili pasukan kebangsaan Indonesia," jelasnya lagi.
Malah sejak adanya Megatron dalam liga bola tampar Korea Selatan, Yeong Koung mengakui setiap pasukan yang ada ketika ini agak sukar untuk muncul selaku juara.