MOTOGP
Marquez, Bagnaia bongkar siapa rakan sepasukan yang dikagumi
Marc Marquez mendedahkan bahawa banyak kejayaan dia sebelum ini turut dibantu dengan pengalaman dan bantuan daripada bekas rakan sepasukan Dani Pedrosa yang pernah bersamanya dahulu ketika masih bersama pasukan lamanya Honda.
Juara MotoGP enam kali itu mengakui Pedrosa selain menjadi musuhnya di atas litar tetapi dalam masa yang sama juga merupakan seorang pelumba yang memiliki kekuatan dan kemahiran tersendiri yang tidak dimiliki oleh pelumba lain.
Jelas Marquez, rakan sepasukan sebenarnya boleh mempengaruhi prestasi seseorang pelumba untuk dijadikan tempat bertukar padangan serta rujukan yang membina dalam konteks meningkatkan lagi keupayaan yang diperlukan.
Iklan
"Sudah pastinya bagi saya rakan sepasukan saya dahulu iaitu Dani Pedrosa adalah rakan yang telah banyak memberikan pelajaran buat saya. Banyak yang saya telah belajar darinya.
"Dia adalah seorang yang saya boleh katakan sebagai seorang guru rujukan dalam setiap siri musim perlumbaan. Dia merupakan bekas rakan sepasukan saya yang sangat hebat." Jelas Marquez.
Dalam masa yang sama Marquez turut mengakui bahawa rakan sepasukanya sekarang dalam pasukan Ducati iaitu Francesco Bagnaia memiliki kelebihanya tersendiri.
Pengalaman Pecco yang lebih awal dan lama dengan Ducati membolehkan dia lebih banyak miliki segala kemahiran mengenai jentera tersebut berbandingnya.
"Dia merupakan juara dunia dua kali dan dia sangat pantas setiap kali dia bersama jentera Ducati. Jadi dia lebih tahu bagaimana untuk menangani setiap masalah membabitkan jentera Ducati.
"Jika kita lihat dalam sesi latihan, dia sentiasa lebih laju dalam pada sesi dan saya perlu lebih banyak belajar darinya kerana pengalaman yang dia miliki." Jelasnya lagi.
Bagi Pecco pula dia memiliki beberapa pengalaman yang berbeza dengan beberapa pelumba selaku rakan sepasukan.
Namun antara yang dia banyak mengambil pengalaman dan pelajaran adalah ketika bersama dengan pasukan Aspar Team dalam saingan Moto3 iaitu Jorge Martin.
Jelasnya Martin yang juga Juara Dunia 2024 itu memiliki kelebihan luar biasa ketika menjadi rakan sepasukan dalam pasukan itu yang secara tak langsung memberi peluang buatnya untuk belajar.
"Saya masih ingat ketika dia baru menyertai pasukan itu (Aspar Team) pelajaran pertama yang saya belajar dari beliau adalah ketika sama-sama menjalani sesi latihan dalam keadaan litar basah.
"Martin ketika itu menunjukkan kepada saya bagaimana dia melakukan pecutan yang maksimum dalam keadaan tersebut dan saya sangat kagum dengan kemampuanya itu.Banyak kemahiran dan corak tungganganya yang saya belajar terutamanya membabitkan kemampuan untuk menguasai litar yang basah." Jelas Martin.
Kedua-dua pelumba Ducati ini sependapat bahawa rakan sepasukan memainkan peranan yang amat penting dan mampu menjadi faktor penyumbang bagi seseorang pelumba itu untuk memperbaiki prestasi mereka.
Must-Watch Video