Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam, kekal optimis dengan pencapaian skuad remaja dalam Terbuka Remaja British meskipun ia kurang memberangsangkan.
Edisi Terbuka Remaja British tahun ini menyaksikan Malaysia hanya mampu meraih satu gelaran juara menerusi Harleein Tan dalam kategori umur bawah 11 tahun perempuan.
Ia jelas pencapaian yang kurang memberangsangkan berbanding edisi sebelum ini apabila kem kebangsaan meraih dua gelaran juara pada tahun 2019 dan empat gelaran juara pada 2018.
Sandaran utama, Aifa Azman, gagal menepati ramalan apabila tewas dalam aksi final B-19 wanita kepada wakil Mesir, Jana Shiha, 7-11, 6-11, 14-16 tetapi Maniam kekal yakin dengan kemampuan wakil kebangsaan dalam saingan akan datang.
"Kami tidak ketinggalan jauh dan akan berikan tentangan dalam kejohanan. Seperti saya katakan, saya tidak melatah dengan keputusan itu. Itu satu proses dan kami akan terus bekerja," katanya.
Bagaimanapun, tumpuan kini terarah kepada pasukan senior apabila mereka mempersiapkan diri untuk Kejohanan Berpasukan Asia yang bakal berlangsung Mac depan.
"Pemain Malaysia ketika ini seperti Ng Eain Yow, Ivan Yuen and Mohd Syafiq Kamal dan Addeen Idrakie perlu diberi fokus. Ini adalah pasukan negara. Mereka akan menjadi pemain utama dalam kejohanan."
"Sasaran kami mahu ke final dalam acara lelaki dan wanita. Kami berdepan tentangan seteru seperti Hong Kong dan Pakistan. Skuad lelaki berdepan cabaran agak getir tetapi akan cuba mengejar kedua-dua sasaran itu," tambah ketua jurulatih skuad negara, Ajaz Azmat.
Editor: Nafis Abdullah