Skip to main content

Hoki

Malaysia kian tandus pemain hoki berkualiti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arul-selvaraj.jpg
Sejak kali terakhir The Speedy Tigers mewarnai Sukan Olimpik dalam edisi 2000 di Sydney, Australia, skuad negara mula memperagakan penurunan drastik kualiti permainan.

Malah, sejumlah sembilan jurulatih telah datang dan pergi tetapi impian ke Olimpik masih belum tertunai. 

Dalam tempoh itu, tiga jurulatih berkaliber yang terdiri daripada Paul Lissek, Paul Revington serta Roelant Oltmans dipertaruhkan, namun masih bergelut untuk mencari formula terbaik untuk mengangkat Malaysia sebagai pasukan yang digeruni.

Kini masa depan Arul akan ditentukan dalam satu pertemuan bersama Datuk Seri Subahan Kamal di Ibu Kota dalam masa terdekat dan apakah wajar untuk Arul meneruskan projek mengembalikan gemilang skuad negara atau Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kembali mempertaruhkan jurulatih luar negara sebagai jalan penyelesaian terbaik.

"Saya termasuk dalam barisan jurulatih yang gagal membawa Malaysia untuk layak, tapi nama saya kurang besar berbanding mereka. 




"Saya mempunyai impian, sama ada bersama pasukan kebangsaan atau luar. 

"Saya berterima kasih kepada Datuk Seri Subahan kerana memberi peluang kepada saya untuk memenuhinya dan kami akan memuktamadkan mengenai langkah seterusnya," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi tadi. 

Sebagai individu yang dipertanggungjawab untuk mengemudi skuad negara sejak 2020, Arul memberi isyarat bahawa cabaran paling sukar untuk membentuk skuad ampuh ialah disebabkan ketandusan pemain berkualiti -- satu rahsia yang tidak didedahkan sebelum ini.

"Ramai yang cakap kita perlukan hala tuju baru dengan mempertaruhkan pemain muda. 

"Sama ada pelapis negara cukup bagus, liga berjalan atau tidak mahupun saya akan digantikan atau dikekalkan. 


"Tapi untuk bercakap begitu, adakah kita mempunyai pelapis yang secukupnya bagi menampung beberapa pemain yang disarankan agar bersara. 

"Kita bukan seperti Jerman, Belanda, Belgium, Australia dan India. Kita tidak mempunyai kelompok 40-50 pemain. Kalau kita pertaruhkan pemain muda, ia memerlukan 2-3 tahun lagi (untuk membentuk pasukan mantap).

"Dalam perbincangan saya dengan Subahan selepas ini, kalau ada pelan dan boleh bekerjasama lagi maka kami akan teruskan atau membawa haluan masing-masing," katanya lagi. 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video