Atlet lompat jauh negara, Luqman Hakim Ramlan, terpaksa menunggu hampir dua bulan untuk menyertai pertandingan sulung tahun ini selepas Malaysia membatalkan penyertaan Kejohanan Dalam Dewan di Iran selain tidak terpilih ke China.
Luqman sepatutnya mampu melepasi jarak 8 meter jika tidak disebabkan masalah teknikal.
Dua minggu lalu, dia melakukan catatan 7.87m dan sepatutnya mampu memperbaiki pencapaian itu di Iran sebelum Malaysia membatalkan penyertaan ekoran kebimbangan konflik ketenteraan.
Harapan untuk beraksi dalam Kejohanan Dalam Dewan Asia di China juga musnah apabila dia tidak terpilih.
Situasi itu merencatkan momentum anak bekas atlet olahraga Selangor, Datuk Ramlan Salleh, itu sekali gus terpaksa merangka semula program latihan untuk menghadapi musim baru.
"Dalam sebulan, saya sudah rancang dengan jurulatih untuk sampai jarak 8m. Sasaran saya tahun ini adalah Tokyo 2020. Saya tidak boleh duduk diam sahaja. Sebagai atlet kebangsaan, saya harus berusaha untuk ke sana," katanya.
Luqman dijangka membuat penampilan sulung tahun ini dalam Kejohanan Perak All Comers di Ipoh bermula 22 Februari depan.
Sementara itu, rakan sepelatihnya, Andre Anura Anuar, akan menggalas cabaran di China selepas memecahkan rekod kebangsaan, 8.02m, ketika meraih perak dalam Sukan SEA Filipina bulan lalu.
Editor: Nafis Abdullah