Bekas pelumba lebuh raya negara, Datuk Ng Joo Ngan, mencadangkan agar Le Tour de Langkawi 2017 (LTDL 2017) -- yang sedang bergelut dengan masalah kewangan ketika ini -- ditangguhkan buat sementara demi menjaga reputasi perlumbaan kelas Hors itu.
Masalah kewangan menyaksikan penganjur LTDL terpaksa merombak laluan perlumbaan.
Dua peringkat pertama yang sepatutnya diadakan di Terengganu terpaksa diubah ke Lembah Klang, sekaligus mengundang rasa tidak puas hati sesetengah pihak.
Difahamkan, penganjur ketika ini hanya memiliki bajet RM10 juta, kurang RM1 juta berbanding kos keseluruhan seperti edisi tahun lalu.
"Kalau saya jadi penganjur, saya akan buat LTDL 2017 selepas Sukan SEA kerana pihak kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membelanjakan sejumlah wang yang besar," kata Joo Ngan.
Ketua Pegawai Eksekutif LTDL, Emir Abdul Jalal, dijangka mengumumkan laluan baru dalam masa terdekat, namun jarak perlumbaannya kekal 1,225km.
"Jika menganjurkan LTDL 2017 tetapi perlumbaan diadakan di Kuala Lumpur, kita tidak bercakap lagi tentang Langkawi. Ini sudah menjadi perlumbaan yang berbeza," tambah Joo Ngan.
Emir, bagaimanapun, berkata: "Kalau saya tidak mempunyai cukup wang, saya tidak akan meneruskan penganjuran."
LTDL diilhamkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan dianjurkan buat kali pertama pada 1996.
Perlumbaan LTDL 2017 dijadualkan berlangsung dari 22 Februari hingga 1 Mac.