Atlet bola tampar tempatan, Low Mei Ching menjadi atlet bola tampar wanita pertama Malaysia yang dipilih untuk bermain di Liga V Jepun.

Low Mei Ching yang berketinggian 184 cm yang juga berusia 27 tahun itu akan bersama-sama kelab bola tampar professional di Jepun iaitu Kurashiki Ablaze dari Kurashiki, Okayama yang telah ditubuhkan pada 2019.

Untuk makluman, Kurashiki Ablaze dikendalikan oleh Ablaze Co Ltd. yang terletak di Minamiune, Kurashiki, Okayama.

Mereka akan menyertai Premier Volleyball League di Filipina sebagai salah satu daripada dua pasukan tetamu asing untuk Persidangan Jemputan 2023.

Kurashiki pernah memenangi pingat gangsa dalam 13th National 6-Person Final League & Grand Champion Match Awards di Jepun.

Untuk rekod, Kurashiki pernah memenangi gelaran pertama mereka dalam PVL menentang Creamline Cool Smashers dalam perlawanan lima set.

Dan yang menariknya selepas penyampaian hadiah dilaksanakan ketika itu, Kurashiki membantu membersihkan Arena PhilSports yang menarik perhatian pengurus pasukan Creamline Cool Smashers Alan Acero.

Presiden Sports Vision, Ricky Palou dan ketua jurulatih Kurashiki Ablaze Hideo Suzuki mengesahkan bahawa Kurashiki Ablaze akan kembali pada 2024 untuk mempertahankan mahkota Persidangan Jemputan PVL mereka.

Best of luck buat Mei Ching dan terus terbang tinggi untuk jadi inspirasi buat anak muda yang suka akan sukan ini.