Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, berkongsikan cabaran yang dihadapi pihaknya dalam penganjuran perlumbaan Petronas Le Tour De Langkawi (LTdL) 2025.
Dia juga berkongsikan bahawa seramai 1200 petugas diberikan tanggungjawab bermula daripada peringkat pertama di Pulau Langkawi hingga ke peringkat terakhir di Kuala Lumpur.
"Saya rasa cabaran besar daripada MSN adalah daripada aspek logistik, kita mengerahkan seramai 1200 petugas sepanjang LTdL untuk menguruskan lapan peringkat perlumbaan.
"Ini cabaran besar, daripada Pulau Langkawi ingin lakukan penghantaran (logistik) ke Kuala Perlis juga satu hal. Jadi, kami mengadakan banyak perbincangan sejak bulan April lalu bersama ketua penyelaras.
"Daripada segi peruntukan KBS telah menyediakan peruntukan yang mencukupi selain sokongan penaja-penaja. Logistik adalah cabaran." katannya.
Dalam pada itu, Jefri berasakan pentas LTdL sebagai medan terbaik buat pelumba negara mempamerkan prestasi terbaik menjelang Sukan SEA Thailand pada hujung tahun ini.
"Kita mahukan edisi ini berjalan dengan baik. Kita tahu kita ada tiga pasukan mewakili negara jadi kami harap mereka dapat mempamerkan prestasi yang cemerlang.
"Ada 22 pasukan jadi cabaran memang besar, kita berasakan ini medan latihan mereka menjelang Sukan SEA Thailand nanti.
"Apabila diberikan mandat daripada KBS menganjurkan LTdL ini, kami berharap dapat melakukan dengan baik selain platform pelumba negara bersaing dengan pelumba antarabangsa.
"Ini peluang terbaik buat mereka, pengajuran penting dan prestasi atlet juga penting." tambahnya.
Untuk info:
Pelumba bakal menghadapi lapan peringkat bermula di Pulau Langkawi pada 28 September (peringkat pertama) sejauh 96.5 kilometer (km) diikuti peringkat kedua dari Padang Besar, Perlis ke Kepala Batas, Pulau Pinang (170.1km); peringkat ketiga dari Gerik, Perak ke Pasir Puteh, Kelantan (198.2km); peringkat keempat dari Kuala Terengganu ke Kemaman (140.8km); peringkat kelima dari Temerloh ke Bukit Fraser, Pahang (133.7km); peringkat keenam dari Shah Alam, Selangor ke Port Dickson, Negeri Sembilan (123.4km); peringkat ketujuh dari Melaka ke Medini, Johor (214.6km); peringkat kelapan dari Tangkak, Johor ke Kuala Lumpur (180.5km) pada 5 Oktober.