Jika Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) benar-benar mahu mnenjadi sebuah badan induk berwibawa dan profesional, ada satu perkara penting perlu diubah dengan segera.
Timbalan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Vahid Kardany, berkata budaya tidak sihat yang berlaku dalam FAM menjadi punca badan induk itu tampak lemah dalam menangani hal-hal berbangkit dan ia berlarutan sehingga menjadi barah dalam FAM.
Advertisement
Kardany, yang mengepalai siasatan audit AFC ke atas FAM, tidak menyatakan dengan terperinci apa budaya yang diamalkan dalam FAM itu tetapi dengan intonasi dan nada yang tegas, ia jelas menggambarkan keadaan itu sudah berlarutan sekian lama.
Jika ia boleh dibendung dari awal, situasi semasa yang melanda FAM tidak akan menjadi separah ini.
"Ia tidak seburuk seperti yang kami jangka pada awalnya," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Jika kegusarannya, tiada sebarang isu jika kami boleh memperbetulkannya. Kerana itulah kami memerlukan lebih masa.
"Kami perlu berbincang dengan kakitangan juga mengenai peranan dan tanggungjawab mereka, tentang KPI (indeks prestasi utama) dan perincian kerja mereka.
"Bagi saya, berdasarkan bukti, budayanya sudah terbukti sebagai masalah utama"