Skip to main content

Sukan Lain

Lima penerjun kembali dari China

isn.jpg
Lima penerjun negara, termasuk Pandelela Rinong, pulang awal ke tanah air selepas menamatkan program latihan di Chengdu, China, sebelum menjalani ujian kesihatan di Institut Sukan Negara (ISN) bagi memastikan mereka bebas daripada wabak novel koronavirus.

Pandelela, Leong Mun Yee,, Wendy Ng, Kimberly Bong dan Enrique Harold melaporkan diri di ISN hari ini selepas hampir sebulan menjalani latihan Gimnasium Sichuan sebagai persiapan rapi untuk menghadapi kejohanan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, April depan.

Ini bermakna seorang lagi penerjun negara, Cheong Jun Hoong, masih berada di China kerana ingin menjalani latihan bersama bekas pengendali negara, Yang Zhuliang, dan belum dipastikan lagi bilakah dia akan pulang ke Malaysia. 

Skuad negara akan terus berada di Bukit Jalil untuk menyambung latihan yang akan bermula esok.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena edisi seterusnya.




Editor: Shaiful Shamsudin        

Advertisement

Must Watch Video