Gergasi hoki tempatan, Terengganu Hockey Team (THT), lega setelah kelibat dua import Pakistan, Umar Bhutta dan Shakir Butt, sempat tiba 24 jam sebelum bermulanya saingan Liga Hoki Malaysia 2020 yang membuka tirai esok tatkala mereka memasang misi mempertahankan Piala Sumbangsih.
Shakir dan Umar akhirnya tiba di tanah air lewat malam tadi dan mula menyertai latihan bersama THT hari ini.
Mereka sepatutnya tiba Sabtu lalu, namun menghadapi kesulitan dalam urusan mendapatkan visa.
Kehadiran mereka sekali gus melengkapkan senarai penuh empat pemain import THT yang turut dibarisi tonggak dari Korea Selatan, Jung Man-jie dan Jang Jong-hyun.
"Ia memberi kami sedikit kelebihan kerana kami sudah dapat mengumpul skuad penuh manakala tidak bagi pasukan lawan.
"Tetapi dalam perlawanan pertama, apa jua boleh berlaku dan kami cuma boleh memberikan yang terbaik dan memburu kemenangan," kata kapten THT, Fitri Saari.
Situasi itu jelas memberi kelebihan buat barisan kendalian Dhaarma Raj Abdullah itu untuk mempertahankan Piala Sumbangsih menentang juara liga 2019, UniKL, di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, esok.
Tahun lalu, THT memulakan kempen liga dengan langkah kanan dengan menundukkan UniKL 3-1 menerusi penentuan shootout selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi 60 minit itu.
"Kami perlu cuba menang sebab kami sudah mempunyai skuad penuh tetapi kami tidak boleh pandang rendah kepada UniKL yang memiliki pemain yang sangat-sangat bagus seperti Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil.
"Kami tidak boleh turun dengan sambil lewa dan perlu memberikan (prestasi) 100 peratus."
Editor: Ammar Hakim