Atlet lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly, bersedia menghadapi kejohanan pertama bagi tahun 2018 selepas kerap dibelenggu kecederaan buku lali sejak September tahun lalu.
Latif sepatutnya beraksi ketika bersama kontinjen para negara dalam Kejohanan Olahraga IPC di Dubai pada Mac lalu, namun menarik diri ekoran masih belum pulih sepenuhnya.
Kini selepas meneruskan proses pemulihan berterusan di Institut Sukan Negara (ISN), Latif kembali menjalani latihan seperti sedia kala di bawah seliaan jurulatih, Mohd Shahrul Amri Mohd Suhaimi.
Latif juga mengesahkan akan membuat penampilan dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Itali di Rieti bermula 18 Mei ini.
"Berkemungkinan besar kami akan ke Itali pada 14 Mei, beberapa hari sebelum Ramadan.
"Ini aksi pertama saya tahun ini kerana dalam kejohanan di Dubai sebelum ini, saya terpaksa menarik diri akibat kecederaan pada saat-saat akhir.
"Sebelum ke Itali, saya mahu memperbaiki teknik selain mendapat rentak lompatan," kata atlet berasal dari Perlis itu.
Memandangkan ini kejohanan pertamanya untuk 2018, Latif tidak meletakkan sasaran tinggi.
Rekod terbaiknya adalah 7.60 meter yang juga rekod dunia yang dilakar ketika Sukan Paralimpik Rio 2016.
Selain Latif, turut menyertai skuad negara ke Itali adalah Mohd Ridzuan Puzi, Siti Radiah Ismail, Mohd Nasharuddin Mohd serta Mohd Saiffudin Ishak.
"Saya perlu menjalani proses pemulihan selama sebulan dan hanya pada minggu inilah saya baru memulakan latihan lompatan.
"Jurulatih pula tidaklah mendesak supaya saya segera mendapatkan rentak kerana tumpuan utama kami adalah Sukan Para Asia, Oktober nanti," ujarnya.