Bekas jaguh karate-do negara, Shaharuddin Jamaluddin, menganggap rancangan untuk menukar kategori berat badan Syakilla Salni Jefry Krisnan daripada 55 kilogram kepada 61kg cukup merugikan kerana ia patut dilakukan sejak tahun lalu.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, mengakui perancangan sedang dijalankan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF) untuk menukar kategori Syakilla, yang sebelum ini digelar media, 'diva sukan negara'.
Atlet berusia 27 tahun itu sudah empat kali gagal menyertai kejohanan antarabangsa, termasuk yang menawarkan mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo ekoran masalah berat badan.
Terbaru, dia gagal menyertai Kejohanan K1 di Jepun dalam kategori kumite bawah 55kg.
Ia memaksa perancangan terakhir dilakukan, iaitu menukar kategori berat badannya walaupun tindakan itu agak lewat.
"Tukar ke kategori 61kg adalah sesuatu yang tidak relevan kerana ia mungkin menjejaskan persiapan Syakilla jika mahu melayakkan diri ke Tokyo 2020," kata Shaharuddin.
MSN akan mengadakan perbincangan dengan MAKAF minggu depan dan persoalan ketika ini adakah Syakilla bersetuju untuk menukar kategori berat badan kerana cabaran dalam 61kg lebih sukar?
Shaharuddin yang juga bekas juara Sukan SEA kini bertindak sebagai jurulatih kelab selepas bersara pada 2017.
"Syakilla sudah mengenali lawan dalam kategori 55kg dan jika beraksi dalam kategori 61kg, ia akan memakan masa bagi dirinya untuk mengetahui corak lawan."