Skip to main content

Sukan Lain

Kurangkan campur tangan menteri dalam persatuan sukan

faithal.jpg
"Menteri Belia dan Sukan yang baru perlu kurangkan campur tangan." Itu pandangan pemerhati sukan negara, Dr Mohamad Faithal Hassan, terhadap peralihan kuasa dalam kementerian berkenaan yang dijangka terus mempengaruhi setiap keputusan persatuan sukan kebangsaan.

Pegawai persatuan sukan kebangsaan sepatutnya perlu lebih bebas untuk membuat keputusan walaupun kerajaan menyumbang dana.

Ia selaras dengan pendirian beberapa negara Asia Tenggara yang mula mengendurkan kawalan kerajaan terhadap setiap persatuan sukan.

Tindakan ini juga selaras dengan agenda Pergerakan Olimpik oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang mahu ahli gabungannya mengurus persatuan sukan secara autonomi.

"Sebelum ini, peranan Menteri Belia dan Sukan dalam perkembangan sukan agak besar. Sudah tiba masanya persatuan dan MOM diberikan kebebasan lebih besar supaya mereka dapat membimbing sukan negara ke arah prestasi lebih tinggi. 

"Ini sejajar dengan model sukan di luar negara seperti Australia. Singapura juga mengetengahkan dasar yang sama," katanya. 

Dr Mohamad Faithal turut mencadangkan agar KBS menilai semula beberapa dasar terdahulu seperti Program Podium selain nilai imbuhan atlet.

"Kajian terperinci perlu dijalankan mengenai sejauh mana Program Podium ini perlu diteruskan atau diubahsuai, sejajar dengan keperluan dan peruntukan semasa negara yang dilihat agak ketat akhir-akhir ini," katanya lagi. 
 

Advertisement

Must Watch Video