Skip to main content

Sukan Lain

Kumpulan Kewangan Hana muncul penaung WAAP

women-golf-women.jpg
Kumpulan Kewangan Hana, yang merupakan penyokong kuat golf wanita seluruh dunia yang berpangkalan di Korea Selatan, akan menjadi salah satu penaung kepada Kejohanan Wanita Amatur Asia Pasifik (WAAP).

Hana, institusi ketiga terbesar di Korea Selatan, akan menyertai WAAP -- kejohanan golf amatur  terunggul wanita di rantau ini -- di Siam Country Club, Pattaya, Thailand, dari 12 hingga 15 Februari depan. 

Juara kejohanan itu juga akan dijemput bertanding dalam Kejohanan Kumpulan Kewangan Hana (Persatuan Golf Profesional Wanita Korea (KLPGA) yang bernilai USD1.5 juta (RM6.1j) di Sky72 Golf Club, Incheon, Korea Selatan, September depan. 

WAAP pertama kali dianjurkan pada 2018 dan dimenangi oleh  Atthaya Thitikul dari Thailand yang menjadi pemain amatur nombor satu dunia selepas memenangi 12 gelaran dalam tempoh dua tahun. 

Kejohanan edisi ketiga ini dijangka disertai 83 pemain dari 20 negara.



Editor: Shaiful Shamsudin 

Advertisement

Must Watch Video