Persatuan Kriket Malaysia (MCA) sedang meneliti cadangan untuk mewujudkan pertandingan dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas acara itu tidak dipertandingkan dalam Sukan SEA 2019 di Filipina.
Temasya Kuala Lumpur 2017 menyaksikan kriket buat julung kalinya diadakan dengan Malaysia meraih satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa.
Begitupun, tuan rumah edisi 2019, Filipina, mengambil keputusan untuk tidak menyenaraikan sukan ini dan MCA sedang berusaha untuk memastikan persaingan dalam kalangan negara rantau Asia Tenggara dapat diteruskan.
Ini termasuklah mengadakan pertandingan yang diselang-selikan pada luar kalendar Sukan SEA.
"Kami dimaklumkan sukan kabaddi terpilih berbanding kriket.
"Pada masa sama, kami sentiasa berbincang mengenai peluang mengadakan kejohanan dalam kalangan negara Asia Tenggara dengan penganjurannya diselang-seli dengan Sukan SEA," kata Setiausaha Kehormat MCA, Iqbal Ali Kassim.